awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

132 individu langgar SOP PKPB ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2020
16:19 MYT
132 individu langgar SOP PKPB ditahan polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 132 individu atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setakat 17 Mei 2020, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 132 individu atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setakat 17 Mei 2020, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tegasnya, pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati tidak mematuhi SOP yang disediakan.
"Justeru, semua pihak diingatkan supaya mengikuti SOP dan peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Katanya lagi, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 70,461 pemeriksaan pada Sabtu bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara.
"Sebanyak 4,870 pasar raya, 4,600 restoran, 647 penjaja dan 1,201 kilang serta 3,536 bank telah diperiksa.
"Pemeriksaan juga telah dibuat di 1,541 terminal pengangkutan darat, 167 terminal pengangkutan air dan 72 terminal pengangkutan udara," katanya lagi.
Selain itu, pihak berkuasa juga telah memeriksa sebanyak 28,790 buah kenderaan persendirian, 1,473 kenderaan awam dan 484 vessel.
Turut diperiksa adalah 2,060 pasar awam, 3,679 tempat ibadah, 1,256 tempat riadah dan 446 tapak binaan.
"Sebanyak 3,185 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 18,756 anggota.
"Turut menyertai pemantauan semalam adalah anggota Majlis Keselamatan Negara," ujarnya.
PDRM juga telah mengenakan 147 Sekatan Jalan Raya Rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 218,027 kenderaan.
Topic Berkaitan
#bank
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan