Pemantauan terhadap 139 kes ajaran dan fahaman Syiah sedang giat dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN).
Malah, JAIN juga telah melakukan 120 pemeriksaan yang melibatkan 16 tangkapan terhadap golongan-golongan ajaran ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata berdasarkan maklumat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dianggarkan sebanyak 1,500 pengikut Syiah di negara ini.
“Angka anggaran tersebut tidak termasuk warga asiang yang datang melancong, belajar ataupun menetap sementara di negara ini. Sukar untuk ditentukan jumlah pengikut Syiah yang sebenar di negara ini kerana pergerakan ini bergerak secara sulit,” kata Jamil.
Menurutnya lagi, golongan yang terlibat dengan ajaran ini terdiri dari pelbagai latar belakang namun ianya masih lagi disiasat.
Fatwa pengharaman ajaran Syiah ini telah diperluaskan ke 14 buah negeri di Malaysia dan diwartakan oleh negeri-negeri kecuali Kelantan, Sarawak dan Sabah.
“Walau bagaimanapun, Kelantan, Sarawak dan Sabah mempunyai peruntukan-peruntukan yang lain yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan keatas pengikut Syiah. Selain itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan JAIN turut bekerjasama dalam memantau ajaran tersebut dari berleluasa menembusi institut-institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah ,” katanya lagi.
Kerajaan sangat peka dan serius terhadap mana-mana doktrin yang menyeleweng dari pegangan umat Islam di Malaysia iaitu, Ahli Sunnah wal Jamaah termasuklah fahaman Syiah.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam yang diadakan pada 1996 telah bersetuju menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Ajaran Islam yang lain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah telah diperakukan bercanggah dari hukum syarak dan undang-undang Islam dan penyebarannya turut dilarang.
Shahidan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jelebu, Zainuddin Ismail berkenaan pihak-pihak yang telah dikenal pasti terlibat dengan ajaran dan fahaman Syiah di negara ini dan juga tindakan yang diambil bagi membendung penularan fahaman tersebut.
ENDS
Aizat Sharif
Tue Sep 24 2013
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.