awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang, kediaman hangus terbakar

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
20/12/2022
01:00 MYT
14 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang, kediaman hangus terbakar
Anggota bomba ketika berusaha memadamkan api yang menyebabkan sebuah rumah separuh kekal hangus. - Foto JBPM
KUCHING: Seramai 14 orang penghuni daripada lima buah keluarga sehelai sepinggang seleas rumah dua tingkat dihuni hanggus dalam kemalangan kebakaran awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan di Kampung Pulo Hulu, Kuching pada jam 4.23 pagi.
Komander Operasi, Herudin Ealhi berkata rumah jenis separuh kekal itu telah terbakar 100 peratus yang juga melibatkan sebuah kenderaan.
“Kesemua penghuni daripada lima buah keluarga dan 14 orang mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan.
“Mangsa yang terlibat terdiri daripada 10 orang individu dewasa dan empat orang kanak-kanak.
“Pasukan Bomba membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran 900 kaki dua nozel kaedah ‘relay pumping’, sumber air dari jentera dengan teknik pemadaman secara ‘defensive’,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.
Operasi memadam kebakaran melibatkan 22 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan itu berjaya ditamatkan pada jam 6.39 pagi.
Punca dan nilai kerugian dalam kebakaran terbabit masih dalam siasatan.
Pada 12 Disember lalu, lima buah kediaman di kampung tersebut turut musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi yang menyebabkan 33 orang hilang tempat berteduh.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kebakaran
#JBPM
#Herudin Ealhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan