awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
07/11/2024
13:00 MYT
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata dalam operasi pada 9.30 malam itu sebanyak 14 warga asing ditahan dan sejumlah peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan turut dirampas.
"Rampasan antaranya membabitkan 151 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga komputer riba, modem, iPad Pro, jam tangan mewah dan 15 keping mata wang asing.
"Polis percaya kesemua yang ditahan berperanan sebagai petugas khidmat pelanggan berkait skim penipuan pelaburan dalam talian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mereka kini direman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 selepas tamat reman polis selama tujuh hari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#ditahan
#penipuan pelaburan dalam talian
#hulu kelang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan