awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

147 Orang Asli mohon deklarasi hak milik tanah

Bernama
Bernama
10/04/2023
08:54 MYT
147 Orang Asli mohon deklarasi hak milik tanah
Semua mereka selaku plaintif yang diwakili peguam Harneshpal Singh Bhullar memfaikan saman itu pada Ogos 2021 dan kes dibicarakan kali pertama di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor hari ini. -m Gambar hiasan
TEMERLOH: Seramai 147 Orang Asli dari suku kaum Semai memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut deklarasi bahawa mereka adalah pemegang hak milik adat dan pemegang hak penggunaan tanah di Kampung Pos Lanai, Kuala Lipis, dekat sini.
Mereka menamakan kerajaan negeri Pahang selaku defendan pertama disusuli Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dan kerajaan Malaysia.
Semua mereka selaku plaintif yang diwakili peguam Harneshpal Singh Bhullar memfaikan saman itu pada Ogos 2021 dan kes dibicarakan kali pertama di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor hari ini.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif memohon deklarasi supaya kerajaan negeri Pahang diarahkan untuk mewartakan tanah seluas kira-kira 14,418 hektar yang terletak di Mukim Ulu Jelai dan Hutan Simpan Ulu Jelai sebagai kawasan Orang Asli atau rizab Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954.
Plaintif juga memohon mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai hak untuk mengurangkan atau memusnahkan hak plaintif terhadap tanah itu atau melaksanakan aktiviti yang boleh menjejaskan tanah tersebut.
Dalam permohonan itu, plaintif mendakwa mereka adalah penduduk di tanah tersebut, diwarisi daripada nenek moyang, yang digunakan untuk menyara kehidupan menerusi aktiviti seperti pertanian dan mengutip hasil hutan, selain mengekalkan hubungan tradisional dengan kawasan berkenaan.
Mereka mendakwa berlaku beberapa insiden pencerobohan terhadap tanah itu sejak 2013 antaranya bagi cadangan pembinaan empangan hidroelektrik, pembalakan dan kajian cadangan perlombongan nadir bumi, yang didakwa plaintif akan menyebabkan kerosakan tanah dan kesulitan kepada mereka.
Pembinaan empangan itu bagaimanapun dibatalkan pada Oktober 2018.
Sehubungan itu, plaintif turut menuntut deklarasi bahawa semua langkah atau peninggalan (omissions) defendan berhubung pembinaan empangan, kelulusan pembalakan dan kajian cadangan perlombongan tersebut adalah bertentangan undang-undang, tidak sah dan terbatal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#semai
#mahkamah
#hak milik adat
#tanah
#pos lanai
#Kuala Lipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan