KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 Jun sehingga 13 Julai depan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu sebanyak lapan lokaliti dikenal pasti di negeri Sabah, empat di Selangor, dua di Sarawak dan satu di Pahang.

Tambahnya pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas mengambil kira kadar kes baharu dan kebolehjangkitan di semua lokaliti berkenaan.

Berikut lokaliti yang dikenakan PKPD:

PKPD CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang, Selangor

PKPD Taman Murni, Sepang, Selangor

PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

PKPD CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang, Selangor

PKPD Kampung Tematu, Jalan Batu Kitang, Kuching, Sarawak

PKPD Kampung Linukaan, Kota Marudu, Sabah

PKPD Kuarters Pekerja Ladang Mukah 1, Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD), Mukah, Sarawak

PKPD Flat Taman Benus Jaya, Bentong, Pahang

PKPD tiga lokaliti di Kudat, Sabah

PKPD Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung, Tawau, Sabah

PKPD Kuarters Kilang Bata Kampung Durok, Kampung Limbawan Sayur Keningau, Sabah

PKPD Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Dalam pada itu jelas Menteri Kanan Pertahanan, sebanyak dua lokaliti dilanjutkan PKPD bagi tempoh yang sama.

Ia melibatkan dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah, Sarawak dan Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor.

Manakala tiga PKPD yang dilaksanakan sebelum ini diisytiharkan tamat pada malam ini. Ia melibatkan PKPD Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu dan PKPD Kampung Pengaraban serta Kampung Perpaduan di Kudat, Sabah.