KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 15 buah sekolah di ibu negara dilaporkan terjejas akibat hujan lebat serta ribut yang melanda di beberapa kawasan pada petang Jumaat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan laporan yang diterima sekolah-sekolah terlibat mengalami kerosakan seperti bumbung tercabut dan pokok tumbang.
Sekolah-sekolah terbabit melibatkan tujuh buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pudu, PPD Keramat (enam), serta PPD Sentul (dua).
"Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis dan tahap kerosakan semua sekolah yang terlibat.
"Buat masa ini, JKR sudah menasihatkan pihak sekolah termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar supaya mengelak daripada memasuki kawasan terjejas sehingga keselamatan lokasi berkenaan dipastikan terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook pada Sabtu.
Jelas beliau, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui JKR akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan usaha menyiasat, membaik pulih dan mengawal keselamatan dapat diselaraskan dengan sebaik serta dilakukan secepat mungkin.
Sementara itu, beliau menambah KKR juga menerima laporan kerosakan beberapa unit rumah di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Batu Kentonmen, di sini disebabkan kejadian ribut berkenaan.
Kata Alexander, antara lain kerosakan yang dilaporkan adalah membabitkan bumbung dan awning yang tercabut akibat diterbangkan angin kuat.
"JKR bekerjasama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melakukan pemeriksaan dan penilaian kerosakan untuk tindakan selanjutnya," ujar beliau lagi.
Berikut adalah senarai sekolah yang terjejas:
PPD Pudu
1) SMK Desa Perdana
2) SK Yaacob Latif
3) SK Salak South
4) SK Danau Perdana
5) SJKC Jalan Imbi
6) SK Cochrane
7) SMK (P) Methodist
PPD Keramat
8)SK Setapak
9) SK Kg Bharu
10) SMK Puteri Wilayah (Asrama)
11) SMK Seri Titiwangsa
12) SK Kementah
13) SMK Taman Melati
PPD Sentul
14) SMK Jinjang
15) SK Seri Nilam
Hasimi Muhamad
Sat May 20 2023
Sekolah-sekolah terbabit melibatkan tujuh buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pudu, PPD Keramat (enam), serta PPD Sentul (dua). -Facebook Alexander Nanta Linggi
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
AWANI Ringkas: Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
15 sekolah rosak akibat ribut, JKR jalankan siasatan - Nanta
Sekolah-sekolah terbabit melibatkan tujuh buah sekolah di bawah PPD Pudu; PPD Keramat (enam); serta PPD Sentul (dua).