awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,500 Orang Asli dapat lesen motosikal kelas B2 - KP JPJ

Bernama
Bernama
18/12/2016
10:54 MYT
1,500 Orang Asli dapat lesen motosikal kelas B2 - KP JPJ
NADZRI: Seramai 1,500 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen motosikal kelas B2 di seluruh negara sejak Januari di bawah program SKSJ. - Gambar fail
Seramai 1,500 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen motosikal kelas B2 di seluruh negara sejak Januari hingga hari ini di bawah program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ).
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata terbaru, seramai 351 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen bagi kenderaan itu menerusi program sama yang diadakan di Padang Awam Pos Brooke di sini, hari ini.
"Kami beri keistimewaan kepada masyarakat Orang Asli ini yang peserta hanya perlu berusia 21 tahun ke atas dan dikenakan bayaran sebanyak RM160 sahaja. Selalunya bagi peserta bukan Orang Asli, mereka perlu berumur 40 tahun ke atas.
"Kami menyedari ramai dalam kalangan masyarakat itu sebelum ini menunggang motosikal tanpa lesen dan cuba mengelak anggota JPJ yang membuat sekatan di jalan raya," katanya selepas merasmikan majlis berkenaan.
Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof dan Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapa.
Nadzri berkata setakat ini JPJ mengadakan 249 siri program SKSJ di seluruh negara membabitkan 100,117 calon yang layak mendapat lesen itu.
"Di Kelantan sahaja 27 siri telah diadakan sepanjang tahun ini membabitkan 8,537 calon berjaya mendapat lesen kelas B2.
"Program ini akan terus diadakan pada setiap masa kerana ia mendapat penerimaan yang baik daripada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Nadzri Siron
#JPJ
#Orang Asli
#SKSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan