PUTRAJAYA: Kira-kira 72 peratus atau 15,294 kes daripada 35,957 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga Jun 2022, berjaya merekodkan penyelesaian persetujuan secara baik selepas melalui prosiding sulh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata antara kes yang menjalani posiding sulh ialah nafkah isteri, nafkah anak, idah, mut'ah, harta sepencarian, hadhanah, ganti rugi pertunangan, ganti rugi perkahwinan dan tuntutan kembali taat.
"Penyelesaian kes-kes di peringkat majlis sulh telah dapat mengurangkan lambakan kes-kes untuk dibicarakan dan dapat mengurangkan kes-kes tertunggak di mahkamah-mahkamah syariah.
"Kesan langsung daripada penyelesaian kes-kes melalui kaedah sulh ini adalah mahkamah syariah dapat memberikan keadilan segera kepada pihak-pihak yang bertikai dengan memendekkan masa penyelesaian sesuatu kes," katanya semasa berucap di Program Out Reach Sulh, di sini hari ini.
Idris berkata baki 28 peratus daripada jumlah kes sulh yang didaftarkan dalam tempoh itu perlu dibawa untuk perbicaraan di hadapan hakim.
Beliau berkata perbicaraan di mahkamah syariah sewajarnya perlu dijadikan cara terakhir bagi menyelesaikan segala pertelingkahan kekeluargaan, manakala platform sulh, runding cara, mediasi atau sesi kaunseling perkahwinan haruslah diberi perhatian dan keutamaan.
Idris berkata kejayaan sesuatu kes sulh amat berkait rapat dengan kemahiran dan kompetensi pegawai-pegawai sulh.
"Saya difahamkan kebanyakan pegawai sulh di mahkamah-mahkamah syariah mempunyai sijil akreditasi kemahiran mediasi sepertimana yang dikeluarkan Accord Group Australia, sijil asas mediasi oleh Pusat Mediasi Malaysia, kemahiran asas psikologi, kaunseling dan lain-lain," katanya.
Idris berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diarahkan untuk meneruskan usaha mempertingkatkan kemahiran pegawai sulh dari semasa ke semasa.
"Saya percaya ilmu berkaitan mediasi dan sulh juga akan sentiasa berkembang sesuai dengan peredaran masa dan sudah tentu teknik-teknik penyelesaian pertikaian terkini perlu diteroka untuk dipraktis," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM Datuk Dr Mohd Nai'm Mokhtar berkata di mahkamah syariah, pihak yang memfailkan tuntutan selepas perceraian dikehendaki untuk menjalani proses sulh bagi menyelesaikan pertikaian secara baik sepertimana yang termaktub menurut Seksyen 99, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1998 [Akta 585].
Beliau berkata masih terdapat segelintir masyarakat yang enggan menghadiri prosiding tersebut atas faktor keegoan dan kejahilan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Idris ketika berucap pada Majlis Perasmian Sulh 'Outreach Programme' (Or Sulh) Tahun 2022 di Dewan Seroja hari ini. - Foto BERNAMA
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.
85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.
Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah
Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah.
Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu.
Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah
Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah.
Kerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak - PM
Kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.