KUALA LUMPUR: Sebanyak 166 projek perumahan lewat siap, 437 projek sakit dan 115 projek terbengkalai telah dikenal pasti sehingga 31 Jan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau berkata secara keseluruhannya pada tahun ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengunjurkan terdapat 354 projek lewat dan 538 projek sakit sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan.
"Apabila kita tubuhkan taskforce projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai, kita tumpu empat peranan iaitu tracking, resolve, preventive dan forward modelling.
"Semalam, bila saya turun ke satu tapak projek rumah sakit, kita dapati trend 2023 dalam keadaan meningkat dan untuk berlaku telus dan jujur, maka data tracking yang kita buat bukan hanya mengikut kelas sedia ada iaitu lewat, sakit dan terbengkalai tetapi juga taskforce telah menilai dari segi unjuran yang akan berlaku pada tahun ini," katanya.
Akmal Nasrullah menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin tahu jumlah projek sakit dan terbengkalai sehingga tahun ini, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu beliau berkata seramai 15,024 peminjam mendapat manfaat Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) melalui pembiayaan keseluruhan RM1.91 bilion dengan skim itu merupakan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan dan ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig ekonomi.
Sementara itu bagi membantu pembeli rumah pertama, beliau berkata KPKT telah melaksanakan inisiatif seperti Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
Kementerian turut mengumumkan inisiatif i-Miliki yang melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama bagi rumah berharga sehingga RM1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Secara keseluruhannya tahun ini, KPKT mengunjurkan terdapat 354 projek lewat dan 538 projek sakit sekiranya tiada intervensi kerajaan. -Gambar hiasan/Bernama

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

JKR akan tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan elak projek 'sakit'
Kontraktor yang akan terlibat dalam pembinaan fasiliti kesihatan mesti mempunyai pengalaman dalam pembinaan kemudahan itu selepas ini.

KKD pandang serius projek sakit di bawah kementerian - Fahmi
Terdapat dua projek di bawah KKD yang menghadapi masalah itu iaitu projek membina bangunan RTM Langkawi dan projek membina bangunan RTM Bintulu, Sarawak.

Tiada lagi projek sakit PR1MA menjelang tahun depan - Kor Ming
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan tiada lagi projek sakit membabitkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menjelang tahun hadapan.

Projek sakit, Aspire Residence Cyberjaya siap September 2023 - Husam Musa
Projek kediaman Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) Aspire Residence Cyberjaya di Cyber 10 di sini yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' akan siap September ini.

Kurang pekerja, COVID-19 antara punca 3 projek sakit di Sabah - Dr Zaliha
Angka itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 12 buah projek sakit di bawah KKM di seluruh negara.

166 projek rumah lewat siap, 437 sakit dan 115 terbengkalai dikenal pasti
Secara keseluruhannya tahun ini, KPKT mengunjurkan terdapat 354 projek lewat dan 538 projek sakit sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan.

Sebanyak 25 projek KKR di Semenanjung diklasifikasikan 'sakit'
Sebanyak 25 daripada lebih 800 projek infrastruktur Kementerian Kerja Raya (KKR) di Semenanjung Malaysia diklasifikasikan sebagai projek 'sakit'.

KPKT teliti aduan projek PR1MA alami kelewatan
Program PR1MA dimulakan pada tahun 2011 dengan objektif menyediakan perumahan kepada rakyat Malaysia berpendapatan menengah.

KKM teliti projek sakit, pertingkat kualiti fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meniliti semula semua projek sakit di bawah kementerian itu yang membabitkan pelbagai projek kemudahan awam dan fasiliti kesihatan.

Uggah gesa JKR selesaikan 60 projek sakit di Sarawak dalam tempoh tiga tahun
Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu menyelesaikan kira-kira 60 projek sakit di Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.