awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16kg daun ketum ditemui dalam kereta kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2023
11:17 MYT
16kg daun ketum ditemui dalam kereta kemalangan
Kemalangan pada jam 7.57 pagi itu membabitkan kereta berkenaan, sebuah lori 40 tan membawa muatan minyak sawit, Honda City dan sebuah motosikal. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Bukit Putus menghala ke Seremban di sini telah membawa kepada penemuan lima bungkusan daun ketum seberat 16 kilogram (kg) di dalam but sebuah kereta Proton Waja pada Ahad.
Kemalangan pada jam 7.57 pagi itu membabitkan kereta berkenaan, sebuah lori 40 tan membawa muatan minyak sawit, Honda City dan sebuah motosikal.
Pemandu Proton Waja lelaki berusia 38 tahun dan penunggang motosikal lelaki berusia 33 tahun yang cedera telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Pemandu lori lelaki berusia 60 tahun dan pemandu Honda City lelaki berusia 37 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sebaik polis sampai di lokasi, pemandu Proton Waja berkenaan telah pun dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan terbabit telah menemui lima bungkusan daun ketum di dalam plastik berwarna hitam.
"Butiran lelaki terbabit masih dalam siasatan kerana dia kini dirawat di HTJ, namun pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya.
Nanda berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#daun ketum
#Seremban
#Bukit Putus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan