awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

177 pelajar sekolah menengah di Johor positif dadah - Exco

Bernama
Bernama
12/09/2020
12:38 MYT
177 pelajar sekolah menengah di Johor positif dadah - Exco
Mazlan dalam ucapannya berkata jenis dadah yang disalahgunakan berbeza saban tahun, namun yang paling jelas terdapat peningkatan permintaan terhadap dadah sintetik seperti methamphetamine. - Gambar fail/REUTERS
Sebanyak 177 pelajar sekolah menengah di Johor dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang.
Beliau berkata jumlah itu dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan terhadap 10,132 pelajar tingkatan empat dan lima dari 280 buah sekolah seluruh negeri oleh AADK sejak awal tahun ini.
"Pelajar-pelajar ini biasanya ada simptom yang boleh kita kesan (terbabit dadah), walaupun angkanya tidak terlalu membimbangkan, kita seharusnya kena peka dan prihatin.
"Kita hendak sifar kes. Itu harapan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Transformasi Minda: Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Bagi Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah AADK Johor Azli Ubin dan Timbalan Pengarah (Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan negeri Omar Salleh.
Terdahulu, Mazlan dalam ucapannya berkata jenis dadah yang disalahgunakan berbeza saban tahun, namun yang paling jelas terdapat peningkatan permintaan terhadap dadah sintetik seperti methamphetamine dan mahu semua pihak memainkan peranan agar masalah dadah dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#Agensi Anti Dadah Kebangsaan
#Johor
#Mazlan Bujang
#pelajar sekolah menengah
#positif dadah
#ujian saringan air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan