awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 pegawai, anggota dibuang kerja - Ketua Polis KL

Bernama
Bernama
20/09/2023
06:17 MYT
18 pegawai, anggota dibuang kerja - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama.
"Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur juga telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh berkenaan.
"Ia merupakan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan tegas berkenaan diambil bagi memastikan standard perkhidmatan polis yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat.
"Kegagalan melaksanakan penyeliaan berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis. Saya menuntut kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan," katanya.
Beliau meminta pemantauan berkenaan dijalankan tanpa pilih kasih, kronisme dan melindungi mana-mana pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tindakan buang kerja
#18 pegawai dan anggota polis
#tidak hadir bertugas
#Allaudeen Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan