JOHOR BAHRU: Sebanyak 18 pegawai rendah polis dan seorang pegawai awam Kontinjen Johor dibuang kerja sejak Januari hingga bulan lepas kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Mendedahkan perkara itu, beliau berkata hingga kini, terdapat 11 lagi kes salah laku tatatertib melibatkan pegawai rendah polis untuk tindakan buang kerja.
"Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, kita harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah. Dalam menjalankan tugas, kita ditohmah, dikritik, dikecam dan diugut. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah, saya akan bertanggungjawab.
"Saya boleh bertolak ansur dan mempertahankan tuan-tuan dan dan puan-puan dalam isu di atas. Tetapi dalam konteks rasuah, salah laku, bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di IPK Johor di sini hari ini.
Mengulas mengenai statistik indeks jenayah negeri, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga bulan lepas turun kepada 4,036 kes, berbanding 6,726 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Dalam tempoh sama, katanya, sebanyak 12,828 individu ditahan atas kesalahan dadah, iaitu kedua tertinggi antara kontinjen, dengan rampasan 12.38 tan dadah bernilai RM375.93 juta ringgit.
Ayob Khan berkata lima makmal haram dan enam stor dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM355.34 juta berjaya dibongkarkan, selain 20 sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan dengan skala tangkapan dan rampasan besar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan negara.
"Tindakan proaktif ini telah berjaya menstabilkan iklim politik dan sosial sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di Johor. Keamanan, kesejahteraan dan kehormanian masyarakat terus berada di tahap membanggakan dan memberi impak kepada proses pembangunan Johor seperti mana direncanakan," katanya.
Terdahulu, Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 petugas media termasuk seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Fadhliana Shaari bagi menghargai peranan dan sumbangan media dalam menyampaikan maklumat serta melaporkan kejayaan dicapai Polis Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada ASP Nurul Akmar Hassan dari Jabatan Pengurusan pada Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. --fotoBERNAMA

Tamat kontrak projek alami kelewatan keputusan terakhir - Fadillah
Kerajaan serba salah untuk tamatkan kontrak melihat kepada keadaan semasa yang menjadi kekangan kepada kemajuan sesebuah projek.

Ringgit susut 4.6 peratus pada suku kedua, tidak eksklusif pada Malaysia sahaja - Gabenor BNM
Penurunan tersebut adalah sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang turut susut 5.8 peratus sehingga kini.

Dua hospital baharu di JB bantu atasi kesesakan di HSA, HSI - Khairy
Pembinaan dua hospital baharu di Pasir Gudang dan Kempas di Johor Bahru dijangka akan dapat membantu mengatasi kesesakan khususnya di dua hospital utama.

Impak Harga Barang | Miskin bandar terpaksa meminjam - Kajian
Kumpulan isi rumah B40 di Lembah Klang merupakan golongan yang paling terkesan akibat kenaikan harga barang ketika ini. Itu antara dapatan penting yang dinyatakan dalam Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi yang diterbitkan pada Jumaat.

Wujudkan polisi libatkan pemberian ubat antimalaria kepada pekerja asing- Pakar kesihatan awam
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria.

Urban Malaria | Penduduk tempatan perlu jaga kebersihan
Dr Malina menasihatkan penduduk tempatan agar menjaga kebersihan persekitaran bagi mengekang pembiakan nyamuk anopheles yang menyebabkan penyakit malaria. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan juga disaran membuat pemeriksaan bagi melakukan pencegahan awal.

Guru guna TikTok: KPM akan ambil tindakan jika muat naik kandungan negatif
Guru yang terlatih harus memahami tugas dan tanggungjawab mereka apabila bergelar seorang pendidik.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pelkerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

KDNK | Ekonomi Malaysia tumbuh lebih kukuh, 8.9% pada suku kedua
Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengulas pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mencatatkan angka lebih kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022 berbanding suku pertama 5.0 peratus.

Indonesia panggil Duta Ukraine berhubung ciapan Twitter: 'Apa yang dilakukan amat tidak patut'
Kementerian Luar Indonesia memanggil Duta Besar Ukraine, Vasyl Hamianin berhubung ciapannya di Twitter yang menimbulkan rasa kurang senang negara tuan rumah.

18 pegawai rendah polis Johor dibuang kerja - Ayob Khan
Sehingga kini, terdapat 11 lagi kes salah laku tatatertib melibatkan pegawai rendah polis untuk tindakan buang kerja.