awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18,349 orang yang disyaki ahli kongsi gelap telah ditangkap polis

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
07/11/2013
10:11 MYT
18,349 orang yang disyaki ahli kongsi gelap telah ditangkap polis
Pihak Polis telah berjaya menangkap seramai 18,349 orang yang disyaki sebagai ahli kongsi gelap, sehingga 13 Oktober tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak polis kini sedang dalam proses untuk mengenalpasti mereka yang ditangkap, sama ada mereka terlibat atau pernah menjadi ahli-ahli kongsi gelap dan ahli pertubuhan yang diharamkan.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen semasa menjawap soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang ingin beliau menyatakan definisi jumlah 40,313 rakyat Malaysia yang disenaraikan sebagai ahli kongsi gelap dan mengapa mereka masih belum ditangkap.
“Jumlah 40,313 sebagai ahli kongsi gelap adalah merujuk kepada jumlah ahli yang menganggotai 49 kumpulan kongsi gelap atau pertubuhan yang telah diharamkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
“Angka berkenaan diperolehi daripada risikan dan juga percakapan daripada ketua atau ahli yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat 1969 sebelum dimansuhkan dan operasi lain yang dijalankan oleh pihak polis.
“Dalam Operasi Cantas Khas yang dilaksanakan pada 17 Ogos, usaha giat sedang dijalankan untuk menangkap ketua dan ahli-ahli kongsi gelap berkenaan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata sekiranya bukti yang kukuh diperolehi terhadap mereka yang ditangkap dan dipersetujui oleh pejabat pendakwaraya, mereka akan didakwa di mahkamah.
“Dakwaan yang menyatakan bahawa pihak polis tidak menangkap ahli kumpulan kongsi gelap adalah kenyataan yang tidak berasas sama sekali dan mempunyai agenda tersendiri,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Ops Cantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan