awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global

18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM

Bernama
Bernama
14/02/2024
12:43 MYT
18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 9,155 orang guru ditempatkan di sekolah rendah manakala 9,637 ditempatkan di sekolah menengah.
"KPM sentiasa bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi.
Sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa," katanya.
Menurut KPM pengambilan seramai 6,315 graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara kontrak perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh SPP pada minggu lepas adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.
Menurut KPM, lonjakan penambahan bilangan guru itu adalah komitmen besar Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara.
Pada Khamis lepas, SPP memaklumkan seramai 6,315 calon berkenaan berjaya dalam temu duga dan layak dilantik sebagai PPP gred DG41 secara kontrak bagi mengisi sebahagian daripada keperluan jawatan itu di semua sekolah di bawah KPM di seluruh negara.
Semua calon yang merupakan lepasan universiti bukan pendidikan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah ditemu duga dari 18 Sept hingga 9 Nov lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru baharu dilantik
#KPM
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.