Sejumlah 198,000 liter air telah digunakan dalam operasi memadam kebakaran hutan melalui udara di Kuala Baram, pada Jumaat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata dua penerbangan menggunakan pesawat Bombardier CL415 telah dilakukan oleh APMM, iaitu pada pukul 9 pagi dan 2 petang Jumaat.
"Hasil semburan air yang menggunakan kaedah water bombing ini ternyata terbukti dalam usaha mengawal api dari terus merebak.
"Setakat 4 petang tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian Miri telah turun ke paras sederhana dengan bacaan 87. Esok, APMM akan menjalankan dua lagi penerbangan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Penglibatan APMM dalam operasi pemadaman itu bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi lain dalam mengawal kebakaran hutan itu.
BACA: Miri masih catat IPU berbahaya
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong dalam kenyataannya memaklumkan, keseluruhan kawasan yang berjaya dikawal dalam operasi bersama itu berkeluasan kira-kira 248 hektar.
"Dalam operasi pemadaman yang masuk hari ke-16 ini (Jumaat), pasukan STORM, Bomba Lopeng, Pasukan Naim dan APMM telah menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha memadamkan kebakaran hutan di setiap sektor yang telah diagihkan.
"Operasi hari ini telah melibatkan sejumlah 52 anggota dan akan disambung semula pada Sabtu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 16 2019
APMM menggunakan kaedah water bombing untuk mengawal kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, Miri. --fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
APMM Bintulu selamatkan 8 kru kapal kargo dipukul ribut
APMM menyelamatkan lapan kru sebuah kapal kargo yang hampir karam akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 17 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu hari ini.
198,000 liter air diguna bagi memadam kebakaran hutan di Miri
Sejumlah 198,000 liter air telah digunakan dalam operasi memadam kebakaran hutan melalui udara di Kuala Baram, pada Jumaat.