awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2024
07:15 MYT
198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN
Kelulusan permohonan meningkat pada kadar tertinggi pada 10 Jun 2024 yang merekodkan 8,584 syarikat melibatkan 19,612 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.- Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima keseluruhan permohonan menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) daripada 40,264 syarikat yang melibatkan 156,242 kenderaan sehingga Khamis.
KPDN dalam satu kenyataan memaklumkan memaklumkan setakat 12 Jun 2024, jumlah keseluruhan syarikat yang diluluskan subsidi diesel di bawah SKDS adalah sebanyak 59,940 melibatkan sejumlah 198,046 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.
Kelulusan permohonan meningkat pada kadar tertinggi pada 10 Jun 2024 yang merekodkan 8,584 syarikat melibatkan 19,612 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.
Tambah kenyataan itu, angka menyaksikan peningkatan sebanyak 7,097 (477 peratus) syarikat dan 16,584 (548 peratus) kenderaan berbanding hari sebelumnya (9 Jun 2024) yang hanya mencatatkan kelulusan permohonan sejumlah 1,487 syarikat dengan melibatkan 3,028 kenderaan.
Dalam masa sama, SKDS 2.0 telah ditawarkan kepada tambahan 14 jenis pengangkutan barangan menjadikan keseluruhan 33 jenis pengangkutan yang terlibat pada 13 Mei lalu. Ini termasuk penerima awal SKDS 1.0 iaitu 10 jenis kenderaan pengangkutan awam.
Sementara itu, KPDN menjangkakan permohonan akan terus meningkat khususnya sehingga 30 Jun 2024 selaras dengan tarikh akhir pembayaran semula secara tunai kepada penerima SKDS yang masih belum menerima fleet card.
Topic Berkaitan
#subsidi
#kpdn
#diesel
#Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi SKDS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan