awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: 'Adakah Arul Kanda, Shahrol dapat kebenaran ponteng pendengaran PAC?'

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
26/05/2015
05:23 MYT
1MDB: 'Adakah Arul Kanda, Shahrol dapat kebenaran ponteng pendengaran PAC?'
KIT SIANG: Siapa benarkan Arul Kanda dan Shahrol ponteng pendengaran PAC? -Gambar fail
Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengkritik tindakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Halmi yang tidak hadir ke pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam, dan bertanyakan siapakah yang membenarkan mereka ‘ponteng’.
Pemimpin veteran itu melontarkan pertanyaan adakah kedua-dua mereka mendapat kebenaran untuk tidak hadir ke pendengaran itu daripada Kementerian Kewangan.
Kit Siang juga bertanya sekiranya kedua-dua mereka mempunyai tugas di luar negara, mengapa perkara itu tidak dinyatakan kepada PAC apabila mereka menerima surat daripada PAC pada 6 Mei dan bukannya pada 22 Mei melalui suatu surat Kementerian Kewangan.
“Adakah Arul dan Sharom mempunyai sebab yang kukuh untuk ponteng daripada perbicaraan PAC sedangkan kedua-dua mereka telah diberikan notis pendengaran lebih dari dua minggu?
“Di manakah lokasi Arul dan Shahrol di luar negara sekarang dan apakah temu janji yang mereka hadiri sehingga ia tidak dapat dijadualkan semula untuk memberikan keutamaan kepada kehadiran mereka di PAC?
“Adakah Najib sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mempunyai pengetahuan bahawa mereka akan ponteng pendengaran yang dijadualkan pada hari ini, dan adakah beliau membenarkan mereka ponteng?” tanya Kit Siang di dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang berkata 1MDB seharusnya ‘mengejar’ PAC untuk pendengaran yang awal dan bukannya ‘ponteng’ pendengaran.
Kit Siang turut menggesa Najib atau Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Muhd Hanadzlah menjawab soalan-soalan yang dikemukakannya.
Topic Berkaitan
#Arul Kanda
#Lim Kit Siang
#najib
#PAC
#Shahrol Halmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan