Pergerakan Pemuda UMNO mahu kebenaran mengenai isu syarikat pelabran strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dirungkai segera demi mengembalikan kepercayaan rakyat yang semakin berkurang terhadap parti.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata rakyat juga perlu berani untuk mencari kebenaran dan tidak membiarkan amanah yang diberi untuk memajukan agama, bangsa dan tanah air tergadai.
"Saya menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui sukar untuk memahami mengenai 1MDB dan tertanya-tanya mengenai sumber mana yang boleh dipercayai sekiranya laporan The Edge tidak boleh dipercayai.
"Kita selaku ahli dan pucuk pimpinan UMNO juga mahukan kebenaran, kita mempunyai kewajipan menjaga amanah yang diberi rakyat.
"Jangan sampai warisan kita tergadai begitu sahaja. Kita harus berani, berani kerana benar maka beranilah mencari kebenaran," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas ucapan Muhyiddin semasa majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Muhyiddin turut mengakui terpaksa membaca The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai 1MDB.
Pandangan Khairul Azwan itu turut dimuatkan di dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Dalam pada itu kata Khairul Azwan, firasatnya juga mengatakan tindakan penggantungan akhbar The Edge tidak akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap isu dan tuduhan yang dikenakan ke atas 1MDB.
"Ya, memang The Edge mengaku menipu Xavier Alexander Justo dalam mendapatkan data yang dicuri, namun kesalahan ini adalah antara dua penyangak yang mencuri antara satu sama lain.
"Ia tiada kena mengena dengan persoalan dan isu yang ditimbulkan mahupun menerangkan keadaan sebenar dalam semua transaksi 1MDB.
"Bagi saya biarlah siasatan oleh pihak berkuasa muktamad dan tindakan undang-undang diambil. Waktu itu kalau benarlah semua email serta dokumen telah diubah dan tuduhan yang dilemparkan adalah fitnah semata-mata, jangan kata gantung, akhbar berkenaan boleh ditutup terus dengan alasan yang kukuh," jelasnya.
Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula Isnin (27 Julai) atas tiga sebab.
Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1MDB yang seterusnya berkait dengan kerajaan serta kepimpinan negara.
Kedua, laporan yang diterbitkan memetik sumber maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, dan yang mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam serta kepentingan negara.
Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 27 2015
AZWAN BRO: 1MDB: 'Kita kena berani cari kebenaran' - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.