Kes tuntutan yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merupakan tindakan sivil dan bukan satu tindakan jenayah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegasnya, ia juga terhad kepada nama-nama yang disebutkan di dalam laporan DOJ itu sendiri.
"Saya pandang berat apa kenyataan yang dibuat oleh DoJ Amerika Syarikat yang disiarkan malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam laporan DOJ.
"Oleh itu, dari segi Kerajaan, kita akan beri kerjasama sepenuhnya bagi semua pihak badan siasatan peringkat antarabangsa.
"Pendirian kita selama ini, kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggari apa-apa undang-undang," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda, di sini, hari ini.
Najib berkata demikian semasa mengulas kenyataan Peguam Negara AS, Loretta Lynch yang memaklumkan bahawa beberapa individu didapati menyalahgunakan dana syarikat 1MDB dengan memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.
Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.
Dalam pada itu, kata Najib, semua proses perlulah dihormati selain peluang untuk membela diri.
"Maknanya seseorang itu ada peluang untuk bela diri sendiri atau gunakan proses penghakiman di mahkamah, dan kita tidak sewajarnya, jangan buat kesimpulan selagi proses belum selesai.
"Tetapi maknanya kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada mana-mana pihak salah anggap bahawa kerajaan tidak mahu prinsip good governance, urus tadbir baik ini menjadi satu yang sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia," jelasnya.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari syarikat 1MDB.
Katanya lagi, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewangan dana dari 1MDB.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 21 2016
DATUK SERI NAJIB: proses perlulah dihormati maknanya seseorang itu ada peluang untuk bela diri sendiri atau gunakan proses penghakiman di mahkamah. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
AS saman Google kerana monopoli tidak sah
Syarikat itu didakwa mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.
Goldman Sachs bebas tuduhan urus niaga bon 1MDB
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud untuk menarik balik semua pertuduhan.
Mulakan pendakwaan terhadap Huawei, hubungan AS-China semakin tegang
AS akan mengemukakan permohonan rasmi ekstradisi ke atas Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, dari Kanada.
DoJ latih hakim Malaysia kendali jenayah moden
DoJ sangat aktif dalam mendedahkan dan melatih para hakim dan pegawai kehakiman untuk menangani jenayah moden.
Leonardo DiCaprio beri keterangan siasatan 1MDB
Bagaimanapun, perincian prosiding tersebut tidak dapat disahkan susulan prosiding yang dijalankan secara rahsia.
Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib
Terserah kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mengenakan pertuduhan kepada Jho Low, kata Datuk Seri Najib Razak.
Mahkamah izinkan Equanimity dijual
Mahkamah Admiraliti hari ini memberi keizinan kepada kerajaan serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua anak syarikat untuk menjual kapal mewah 'Equanimity'.
Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
PM ucap terima kasih pada Jokowi kembalikan kapal 'Equanimity' kepada Malaysia
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia kerana bekerjasama dalam mengembalikan kapal mewah 'The Equanimity' kepada Kerajaan Malaysia.
Rais Yatim soal kemampuan Najib bayar peguam bela AS
Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.