Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menjadi punca utama Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami tekanan luar biasa dalam isu melibatkan kemelut syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhir-akhir ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tekanan Perdana Menteri itu juga disifatkan semakin berat dengan sikap beberapa ahli UMNO yang tidak bertanggungjawab dan tidak tampil untuk memberi sokongan kepada Najib.
"Najib adalah manusia yang amat tertekan sekarang. Dalam keadaan biasa orang politik tertekan, dia bukan dalam keadaan biasa. Dr Mahathir adalah punca besar, dan banyak lagi ahli UMNO yang tidak bertanggungjawab tidak tampil di belakang Najib.
"Ini jenis aur mencari matahari sendiri. Zaman kegemilangan UMNO telah berlalu. Ahli UMNO patut berganding bahu menyokong Najib dan mempertahankan BN. Sokong program transformasi Najib.
"Jangan jadi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran', pada masa itu menangis air mata darah sudah tidak berguna lagi," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: 1MDB: Kementerian Kewangan perjelas jawapan bertulis di Dewan Rakyat
Wan Junaidi mengulas kenyataan Kementerian Kewangan pada Ahad yang menjelaskan bahawa jawapan bertulis Najib di Dewan Rakyat mengenai 1MDB disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan.
Kata kenyataan itu lagi, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.
BACA: Bohong isu wang 1MDB di Bank Singapura satu kesalahan jenayah - Dr Mahathir
Kenyataan itu difahamkan dikeluarkan rentetan catatan di blog Dr Mahathir yang menyifatkan segala keterangan berkenaan isu 1MDB berhubung wang berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion) yang dipindahkan dari Cayman Islands adalah tidak benar.
Menerusi tulisan itu, Dr Mahathir berkata segala keterangan berhubung perkara tersebut sebelum ini melanggar peruntukan di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.
Dr Mahathir yang juga bekas menteri kewangan berkata kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun di bawah undang-undang itu.
BACA: Tubuh Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB - LPPR
Sementara itu tegas Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, tindakan Najib turut dilihat bukan satu pembohongan dan bercakap dari maklumat yang diberi kepadanya.
"Perdana Menteri tidak berbohong. Dia hanya bercakap daripada maklumat yang diberi kepadanya. Mentadbir negara bukan seperti mentadbir syarikat.
"Jangan ambil enteng tanggungjawab Najib. Kalau ada kesilapan dari fakta diberi kepadanya, maka salahlah yang akan dia buat," jelasnya.
BACA: 1MDB: 'Saya buat laporan polis kerana Tun M dedah kesalahan jenayah' - Khairuddin
Pada petang Ahad, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis ke atas beberapa pemimpin tertinggi negara dan ahli lembaga pengarah 1MDB kerana menyembunyikan kesalahan dalam urusan kerajaan.
Tegasnya, perbuatan mereka turut dikatakan melanggar peruntukan undang-undang jenayah di bawah seksyen 218 Kanun Keseksaan.
Wan Syamsul Amly
Mon May 25 2015
WAN JUNAIDI: Tun M punca Najib alami tekanan luar biasa. -Gambar fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.