Sebanyak 2,575 keluarga mangsa banjir daripada 37 kampung di daerah ini, hari ini menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis berkata setiap keluarga berkenaan yang terkesan dengan bencana banjir pada Disember 2017 itu, menerima RM500 setiap keluarga.
"Agihan bantuan ini dilaksana bagi meringankan beban mangsa banjir terlibat musibah itu.
"Sebagai wakil rakyat di sini, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dalam usaha melakukan operasi dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir berkenaan...sumbangan itu sangat bermakna kepada mereka," katanya pada majlis penyerahan bantuan itu di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Parlimen Kota Belud Mohd Norazri Nurazalleh.
Isnaraissah Munirah berkata mengikut rekod, sepanjang 2017 daerah Kota Belud telah dilanda banjir sebanyak 86 kali dan menjejaskan lebih 43 kampung.
"Banjir yang paling teruk ialah pada Disember 2017, sehingga mengakibatkan proses pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Mohd Norazri (kiri) yang mewakili Isnaraissah menyampaikan sumbangan APBN kepada mangsa banjir. - Bernama
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
2,575 keluarga mangsa banjir Kota Belud terima bantuan
Sebanyak 2,575 keluarga mangsa banjir daripada 37 kampung di daerah ini, hari ini menerima sumbangan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN).
Bomba dan PDRM sebagai 'frontliner' semasa banjir - Abdul Rahman
Penyelarasan arahan agensi keselamatan perlu diutamakan dalam mana2 kejadian bencana terutamanya melibatkan kepentingan orang ramai.
Kerajaan tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan
Kerajaan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dalam negara dengan lebih teratur dan efektif.