awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 penumpang, pemandu cedera bas rempuh belakang treler

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2022
16:41 MYT
20 penumpang, pemandu cedera bas rempuh belakang treler
Kamarulzaman berkata, akibat pelanggaran itu, bas terbabit remuk pada bahagian hadapan dan cermin besarnya pecah. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Pemandu bersama 20 penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas bas dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 132.5 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Temerloh pada petang Ahad.
Dalam kemalangan jam 4.43 petang itu, pemandu bas berusia 43 tahun cedera di bahagian kepala dan tangan manakala rata-rata penumpang cedera pada bahagian kaki.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan yang berada di lorong kiri cuba menukar laluan ke kanan.
"Semasa cuba menukar laluannya, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandu lalu melanggar bahagian belakang treler membawa muatan besi yang berada di lorong kiri," katanya ketika dihubungi pada malam Ahad.
Kamarulzaman berkata, akibat pelanggaran itu, bas terbabit remuk pada bahagian hadapan dan cermin besarnya pecah.
"Pemandu dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.
"Difahamkan pemandu dan penumpang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai tujuh anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan menyelamat.
Menurutnya, pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam bas.
"Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan dan anggota EMRS sebelum dihantar menerima rawatan lanjut ke HoSHAS," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#LPT
#Lebuhraya Pantai Timur 1
#penumpang cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan