awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 penyokong PAS desak Azizan undur

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2013
15:38 MYT
200 penyokong PAS desak Azizan undur
Hampir dua ratus ahli dan penyokong Pas dalam Dewan Undangan Negeri, Kota Siputeh mengadakan protes pada Jumaat bagi mendesak peletakan jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri.
Protes itu berlaku di bilik gerakan peti undi Pas Megat Dewa bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Azizan.
Menurut mereka, Azizan dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah rakyat di kawasan tersebut.
Selain itu, azizan juga dilaporkan menidakkan kehendak dan pandangan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi selain pandangan dari Dewan Ulama Pas Negeri.
Dalam protes berkenaan, tiga lagi unit peti undi diisytiharkan tutup iaitu peti undi Megat Dewa, Kampung Sanglang dan Kampung Pering.
Hadir sama ialah Ketua Unit Peti Undi Megat Dewa; Zakaria Sham, Mustafa Baharom dari Peti Undi Kampung Pering dan Shahrul Nizam Shafie dari Peti Undi Kampung Sanglang.
Menurutnya, penutupan unit peti undi itu berkuatkuasa pada Jumaat sehingga ke satu tempoh yang belum dikenalpasti.
Penutupan unit peti undi itu akan berterusan sehingga Pas pusat dapat menangani masalah berkenaan dengan kadar segera.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Azizan Abdul Razak
#Menteri Besar Kedah
#PAS
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan