awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 rumah terjejas banjir kilat di Klang, lapan mangsa diselamatkan

Bernama
Bernama
09/11/2022
15:32 MYT
200 rumah terjejas banjir kilat di Klang, lapan mangsa diselamatkan
Secara keseluruhan kira-kira 200 rumah di kampung itu terjejas akibat kejadian banjir kilat berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya telah menerima panggilan 5.49 petang dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas sampai di lokasi 7.30 malam.
"Mengikut laporan awal kedalaman air adalah lebih dua kaki dan terdapat lima mangsa yang diselamat oleh pasukan bomba sukarela dan tiga mangsa warga emas diselamatkan anggota bomba," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, secara keseluruhan kira-kira 200 rumah di kampung itu terjejas akibat kejadian banjir kilat berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan laporan awal, paras air di beberapa tempat di kawasan berkenaan mencecah sehingga lebih setengah meter susulan hujan lebat pada sebelah petangnya, namun beberapa jam kemudian paras air semakin beransur surut.
Bagaimanapun menurutnya operasi pemindahan mangsa masih diteruskan dengan seramai 30 mangsa dari lapan buah rumah telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan Setia.
"Ketika ini paras air banjir di kawasan itu semakin surut, dalam suasana hujan renyai," katanya.
Beliau berkata selain bomba, operasi itu turut melibatkan polis, bomba sukarela, Kementerian Kesihatan, Pejabat Daerah Klang dan Angkatan Pertahanan Awam.
Topic Berkaitan
#banjir klang
#banjir shah alam
#Kampung Johan Setia
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan