awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2024: Malaysia ukir kejayaan di pentas global - PM Anwar

Bernama
Bernama
30/12/2024
06:30 MYT
2024: Malaysia ukir kejayaan di pentas global - PM Anwar
Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan, kata Anwar. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eksport serta menjulang negara di persada dunia.

Ringkasan AI
  • Lawatan rasmi dan kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjakkan pelaburan dan eksport, serta menjulang nama Malaysia di persada dunia.
  • Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan atas peranan dalam memperjuangkan isu-isu global, termasuk keadilan untuk rakyat Palestin.
  • Lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara pada 2024 menghasilkan potensi pelaburan sebanyak RM115.2 bilion, dengan pelaburan terbesar dari Jerman, Korea Selatan, dan Australia.

Beliau berkata Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan dalam memperjuangkan isu-isu global terutama mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang.
"Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan.
"Dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, kita melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran itu, ia mengimbau lawatan rasmi dan lawatan kerja Perdana Menteri ke luar negara pada 2024 termasuk ke Singapura, Brunei, Indonesia, China, Australia, Rusia, Jerman, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan, Jepun, India, Peru dan Brazil.
Sebanyak RM115.2 bilion (US$25.2 bilion) potensi pelaburan terhasil daripada keseluruhan lawatan berkenaan antaranya Jerman (RM46 bilion), Korea Selatan (RM32.8 bilion), Australia (RM24.5 bilion), Jepun (RM1.45 bilion) dan India (RM4.8 bilion).
Selain itu, Malaysia menerima 35 lawatan rasmi dan kunjungan hormat pembesar negara asing antaranya Kemboja, Argentina, China, Kyrgyzstan, Mesir dan Bahrain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
#kunjungan pembesar dunia
#potensi pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan