awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,330 penghuni rumah orang tua terima suntikan vaksin fasa kedua - Rina Harun

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
13/03/2021
09:05 MYT
2,330 penghuni rumah orang tua terima suntikan vaksin fasa kedua - Rina Harun
Seramai 2,330 warga emas dari institusi kebajikan warga emas akan diberi keutamaan menerima suntikan itu. - Gambar hiasan
IPOH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menghantar 80,000 nama individu yang berdaftar dengan kementerian itu di seluruh negara untuk dimasukkan dalam senarai penerima vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata daripada jumlah tersebut seramai 2,330 warga emas dari institusi kebajikan warga emas akan diberi keutamaan menerima suntikan itu.
Katanya suntikan fasa kedua yang dilaksanakan secara berperingkat bermula April ini turut melibatkan pesakit yang menderita penyakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).
"Ia berperingkat, yang ini kita dah sahkan nama (penghuni rumah kebajikan warga emas). Kita dah hantar nama. Kalau ikutkan 80,000 (individu berdaftar dengan kementerian) termasuk OKU.
"Jadi kita utamakan yang (lebih) 2,000 orang (warga emas) yang berada di pusat (kebajikan) sebab mereka berada di satu kawasan untuk divaksin," katanya.
Jelas beliau KPWKM bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyelaras pemberian vaksin kepada warga emas khususnya yang berada di pusat jagaan atau aktiviti di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya lagi JKM sedang mengumpul data keahlian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negara untuk menyertai program imunisasi itu yang dianggarkan berjumlah 47,000 orang.
Pada masa sama, Rina meminta kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memainkan peranan menjayakan PICK terutama di kawasan di pedalaman.
Beliau terdahulu ditemui pada majlis penyampaian bantuan kewangan pengoperasian tahunan dan penubuhan PAWE baharu negeri Perak di sini, pada Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Wan Norashikin Wan Nordin.
Topic Berkaitan
#Rina Harun
#warga emas
#penerima suntikan vaksin
#PICK
#vaksin
#fasa kedua
#OKU
#MOSTI
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan