awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2022
21:30 MYT
24 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang
Insiden pokok tumbang di kawasan parkir di HCTM UKM pada Isnin. - Foto Facebook Keselamatan KKL
KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat di kawasan parkir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, anggota bomba dan penyelamat giat memotong dan mengalihkan pokok itu.
"Kita juga menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan pokok tumbang dan menghalang lalu lintas di Jalan Sri Permaisuri Bandar Sri Permaisuri di sini pada jam 3.15 petang.
"Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berada di lokasi dan sedang mengambil tindakan mengalihkan pokok tersebut," katanya.
Muhammad Idzam berkata, Jabatan Meteorologi telah meramalkan ribut petir berserta hujan lebat yang berterusan berlaku pada petang di Lembah Klang.
"Kita turut menerima laporan berkaitan empat buah kenderaan tersangkut akibat banjir di susur jalan berhampiran Menara PGRM di sini.
"Selain itu, Pekan Salak Selatan turut dilaporkan air naik sehingga paras lutut, lalu lintas untuk kenderaan di tutup sementara," katanya.
Beliau berkata, Jalan Chan Sow Lin dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhampiran Terminal Bersepadu Selatan turut dilaporkan air naik sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#HCTM
#banjir kilat
#Muhammad Idzam Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan