awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

240 individu ditahan polis Kelantan dalam Ops Tapis Khas

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
26/06/2022
09:26 MYT
240 individu ditahan polis Kelantan dalam Ops Tapis Khas
Muhamad Zaki (dua, kanan) pada sidang media mengumumkan kejayaan tangkapan dan rampasan dadah melalui Ops Tapis Khas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Seramai 240 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti yang melibatkan penagihan dan pengedaran dadah dalam Ops Tapis Khas SeMalaysia pada 20 hingga 26 Jun lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan yang dilakukan dalam operasi selama seminggu itu, turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM100,000 dan menyita RM57,000 jenis kenderaan termasuk sebuah lori.
Menurutnya, satu daripada serbuan dilakukan membabitkan daun ketum adalah di kawasan Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah.
"Hasil pemeriksaan mendapati di bahagian muatan belakang lori yang telah ditutupi dengan kanvas telah menjumpai bungkusan plastik lutsinar yang diikat dengan getah didalamnya yang mengandungi 70 bungkusan daun hijau, disyaki daun ketum dan dipercayai bernilai RM21,000.
"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dan suspek mempunyai 2 rekod lampau dan hasil saringan air kencing, positif methamphetamine," katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK), hari ini.
Muhamad Zaki berkata demikian di sidang media mengumumkan kejayaan tangkapan dan rampasan dadah melalui Ops Tapis Khas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai mekanik, berusia 27 tahun kerana memiliki pil yaba, syabu dan air ketum bernilai RM30,200 dalam serbuan di Kampung Bendang Pulau, Tumpat.
Katanya, kesemua 240 individu ditahan melakukan kesalahan mengikut pelbagai seksyen, termasuk satu kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan satu kes di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 .
Topic Berkaitan
#Ops Tapis Khas
#Muhamad Zaki Harun
#rampasan dadah
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan