KUALA LUMPUR: Seramai 242 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan Pemulihan di seluruh negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, seramai 240 individu dikenakan kompaun, manakala dua lagi direman.

Berikut adalah antara tumpuan kenyataan media beliau hari ini:

1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah dilanjutkan sehingga 26 Mac 2021.

2. PKPD di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak, ditamatkan esok, mengikut jadual.

3. Op Benteng pula menahan 26 orang pendatang tanpa izin (PATI), manakala empat buah kenderaan darat dirampas.

4. Seramai 4,807 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 114 orang didapati positif.

5. Secara kumulatifnya, seramai 603,597 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19.