awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 pengunjung pusat hiburan di Lorong Haji Taib dikompaun RM25,000

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2022
22:45 MYT
25 pengunjung pusat hiburan di Lorong Haji Taib dikompaun RM25,000
Seramai 25 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM25,000 kerana melanggar SOP PPN dalam serbuan ke atas sebuah premis di Lorong Haji Taib Dua, Chow Kit di Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai 25 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Lorong Haji Taib Dua, Chow Kit di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis turut menahan dua warga asing dalam serbuan sekitar jam 1 pagi tersebut.
"Seramai 27 individu diperiksa terdiri daripada 15 lelaki tempatan, 10 wanita tempatan, seorang lelaki dan wanita warga asing kesemuanya berusia dalam lingkungan 35 hingga 41 tahun.
"Kesemua warga tempatan dikompaun RM1,000 seorang dan jumlah keseluruhan RM25,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Noor Dellhan berkata, dua warga asing tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Langkah-Langkah Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 2021.
“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#kompaun
#pusat hiburan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan