awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

257 orang di Kota Tinggi dipindahkan

Bernama
Bernama
22/01/2013
07:48 MYT
257 orang di Kota Tinggi dipindahkan
Seramai 257 orang daripada 56 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan berikutan banjir.
Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim berkata mangsa dari Kampung Tun Seh, Kampung Gembut Dalam dan Kampung Perepat di Tanjung Sedili ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala mangsa dari Kampung Baru Sungai Mas dan Kampung Mawai Baru ditempatkan di dua pusat pemindahan.
Mangsa dari Kampung Tun Seh melibatkan 62 orang, Kampung Gembut Dalam (91 orang) dan Kampung Perepat (37 orang) yang kesemua mereka mula dipindahkan ke balai raya di kampung masing-masing mulai pukul 8 malam tadi.
Seramai 39 mangsa dari Kampung Baru Sungai Mas pula dipindah ke Dewan Orang Ramai kampung itu sementara 28 orang dari Kampung Mawai Baru ditempat di Dewan Serbaguna.
"Mangsa mula dipindahkan apabila penempatan mereka dinaiki air setinggi 0.1 meter hingga 1 meter. Setakat ini kawasan lain terutama di bandar Kota Tinggi dilaporkan tidak mengalami banjir," katanya ketika dihubungi.
Ismail berkata hujan lebat yang kembali melanda daerah ini sejak petang semalam turut menyebabkan air di beberapa sungai utama mula meningkat namun masih berada di paras berjaga-jaga.
Keadaan cuaca di sekitar Kota Tinggi dilapor mendung dengan sesekali berlaku hujan lebat. Penduduk yang menetap di kawasan rendah diminta berwaspada.
Sementara itu portal Majlis Keselamatan Negara melaporkan tiga kawasan di Mersing turut terjejas akibat banjir.
Kawasannya ialah Kampung Air Merah yang melibatkan 50 orang mangsa, Pengkalan Batu (37 mangsa) dan Kampung Che Wook (157 mangsa).
Topic Berkaitan
#banjir
#Ismail Karim
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan