awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
Pasaran saham Indonesia kembali beroperasi, indeks utama kekal tidak menentu
KPN, KPM perkukuh Taska dan Tabika Perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 cubaan serangan pengganas digagalkan sejak 2012 - Ayob Khan

Bernama
Bernama
28/01/2026
08:53 MYT
26 cubaan serangan pengganas digagalkan sejak 2012 - Ayob Khan
Ayob Khan berkata kesemua suspek yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 cubaan serangan pengganas dan militan di Malaysia berjaya digagalkan oleh Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh 12 tahun dari 2012 hingga 2024, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata cubaan serangan itu, melibatkan ancaman secara berkumpulan dan individu, manakala dua serangan dilancarkan, iaitu serangan bom ke atas sebuah pub di Puchong pada 28 Jun 2016 dan terhadap Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei 2024, yang mengorbankan dua anggota polis.
"Dalam tempoh terbabit, Bahagian E8 turut berjaya menahan 75 anggota kumpulan militan dan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan di Malaysia. Mereka yang ditahan ini berpegang kepada ideologi Salafi Jihadi yang diperjuangkan oleh kumpulan itu," katanya menerusi perkongsian Facebook, hari ini.
Ayob Khan berkata kesemua suspek yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kemudian sama ada dituduh di bawah Kanun Keseksaan atau dikenakan Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) atau Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
Beliau berkata suspek yang didakwa di bawah Kanun Keseksaan kesemuanya disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara antara satu hingga 25 tahun.
Ayob Khan berkata antara rancangan serangan ganas yang berjaya dipatahkan oleh Bahagian E8 Cawangan Khas, termasuk cubaan melancarkan serangan menggunakan bahan letupan buatan sendiri (Improvised Explosive Device (IED)) terhadap kedutaan asing di Kuala Lumpur pada 2012, serta pusat hiburan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 2013.
Beliau berkata pasukan keselamatan turut menggagalkan beberapa rancangan serangan yang menyasarkan rumah ibadat, premis awam dan lokasi tumpuan, termasuk rancangan berskala besar yang melibatkan sasaran individu berprofil tinggi dan kemudahan strategik, selain cubaan serangan bom di Putrajaya.
Mengulas mengenai keraguan sesetengah pihak terhadap keupayaan suspek untuk melaksanakan serangan berskala besar, Ayob Khan berkata siasatan mendapati beberapa suspek telah menghasilkan IED, Vehicle-Borne IED (VBIED), senjata api dan bom tangan, selain menjalankan ujian letupan yang berjaya.
Beliau berkata keberkesanan undang-undang pencegahan seperti SOSMA, POTA dan POCA adalah penting bagi membolehkan tindakan awal diambil untuk menggagalkan rancangan serangan ganas sebelum berlaku kehilangan nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan pengganas
#keselamatan
#pihak berkuasa
#polis
#Ayob Khan
#SOSMA
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan