Skip to main content

Malaysia

2,633 guru simpanan terima pelantikan dalam masa terdekat

ALOR SETAR,5 April -- Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh ketika sidang media mengenai insiden dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti berkayak, di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.  Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, dua pelajar IPG tersebut ditemukan meninggal dunia akibat lemas ketika melakukan aktiviti itu di Pantai Merdeka.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kah Woh (foto) berkata KPM mempunyai unjuran keperluan guru untuk tempoh lima tahun di peringkat kebangsaan dan negeri bagi memastikan perancangan pengambilan serta penempatan guru dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melantik 2,633 lagi calon guru simpanan pelbagai opsyen dalam masa terdekat bagi memperkukuh pengisian tenaga pengajar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelantikan itu melibatkan calon simpanan bagi ambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Julai 2025 dan Disember 2025.

"Untuk ambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada bulan Julai 2025 dan Disember 2025, jumlah calon simpanan yang kita ada bagi pelbagai opsyen adalah seramai 4,417 orang.

"Antaranya, 857 orang telah selesai dilantik dan melapor diri, 20 orang lagi dalam proses, manakala 2,633 orang lagi akan mendapat surat tawaran pelantikan dalam masa terdekat," katanya di Dewan Rakyat.

Menurut Kah Woh, selepas proses itu selesai, masih terdapat 907 calon simpanan yang belum dapat dilantik kerana melibatkan opsyen yang mempunyai lebihan pengisian guru.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata KPM mempunyai unjuran keperluan guru untuk tempoh lima tahun di peringkat kebangsaan dan negeri bagi memastikan perancangan pengambilan serta penempatan guru dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

"Pada masa yang sama, kita mempunyai data yang saintifik bagi setiap negeri berkenaan kekurangan guru yang perlu diisi mengikut opsyen, daerah dan sekolah," katanya.

Beliau berkata, guru Contract of Service (COS) pula akan terus mengikuti pengajian menerusi Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi melengkapkan keperluan 36 kredit graduan yang memberi fokus kepada aspek pedagogi dan pengajaran.

Selain itu, KPM turut memperkukuh latihan dan penataran guru Tahun Satu sebagai persediaan menghadapi kemasukan murid kohort enam tahun pada 2027.

Menurut beliau, program transisi Tahun Satu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu penyesuaian murid, manakala kurikulum persekolahan 2027 akan disesuaikan dengan tahap perkembangan serta keperluan murid.
 

 

Must Watch Video

Advertisement