JELEBU: Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Negeri Sembilan telah siap dibina untuk mengatasi masalah capaian liputan Internet terutamanya di kawasan luar bandar di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kesemua menara komunikasi itu berjaya didirikan sepenuhya secara berperingkat hingga akhir tahun lepas oleh syarikat dilantik Edotco Malaysia Sdn Bhd (Edotco Malaysia).
"Penyediaan perkhidmatan akses jalur lebar yang kondusif adalah keutamaan dalam menuju ke arah era pendigitalan khususnya di negeri ini kerana capaian Internet dapat memudahkan urusan harian rakyat, meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat setempat serta memperkukuhkan keyakinan pelabur khususnya sektor perindustrian melalui pembangunan ekonomi digital.
"Penambahbaikan kualiti komunikasi juga wajar dilaksanakan dari semasa ke semasa khususnya bagi penduduk di kawasan luar bandar yang memerlukan kemudahan Internet mampan seperti yang dinikmati oleh penduduk bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan JENDELA Fasa Satu Negeri Sembilan di Kampung Rambai Baris di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Exco Kanan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Bukhari Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EDOTCO Adlan Tajudin.
Aminuddin berkata MCMC negeri antara 10 agensi di Negeri Sembilan yang proaktif dalam menjayakan hasrat kerajaan melalui Pelan JENDELA yang merupakan asas kepada peralihan infrastruktur komunikasi lebih baik, menyediakan liputan perkhidmatan jalur lebar menyeluruh dan berkualiti tinggi.
"Selain itu pelaksanaan inisiatif JENDELA ini selaras dengan visi kerajaan negeri melalui Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2025 (RPNS 2025). Jalinan strategik bagi pelaksanaan JENDELA Fasa 1 tidak terhenti di sini dan memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak," katanya.
Beliau berkata lapan daripada 27 menara telekomunikasi itu telah beroperasi, manakala baki 19 menara kini dalam proses pemasangan peralatan telekomunikasi termasuk penyediaan infra gentian optik bagi menghubungkan data komunikasi dari satu menara ke menara lain.
"Mengikut perancangan baki 19 menara telekomunikasi itu akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini, namun kerajaan negeri berharap ia dapat disegerakan sekurang-kurangnya pertengahan atau suku ketiga tahun ini.
"Selain itu saya juga berterima kasih kepada MCMC kerana telah mendapat 26 lagi kawasan baharu di bawah inisiatif Pelan Jendela, keutamaanya adalah kawasan luar bandar dan kita akan lihat dahulu kawasan terpilih tersebut," katanya.
Sementara itu Bukhari berkata lapan menara telekomunikasi telah beroperasi sepenuhnya ialah di Kampung Tarun, Seremban; Kampung Ulu Pondoi, Tampin; Taman Albury, Nilai; Kampung Sepam, Jelebu; Kilang Sawit Serting Hilir, Jempol; Kampung Jumbang, Kuala Pilah; Kampung Ayer Hitam, Port Dickson dan Kampung Rambai Baris, Jelebu.
Menurutnya pencapaian JENDELA di negeri ini merekodkan tahap memberangsangkan dengan liputan Internet mencapai 98.35 peratus di kawasan berpenduduk iaitu melepasi sasaran nasional 97.07 peratus pada tahun lepas.
Dalam pada itu Adlan berkata pihaknya memahami kepentingan projek tersebut dan berharap usaha itu dapat membantu operator rangkaian mudah alih memperluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar sekali gus memanfaatkan pengguna.
"Kami berbesar hati kerana dapat merealisasikan agenda kerajaan dalam memperluaskan kesalinghubungan digital untuk rakyat di negeri ini. Kami berbangga dapat menjadi rakan strategik bagi inisiatif ini dan menawarkan kepakaran dalam menyediakan kemudahan infrastruktur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Aminuddin (dua, kanan) melihat paparan kelajuan kemudahan sambungan internet pada majlis Pemuktamadan Pembinaan 27 Menara Telekomunikasi Baharu Pelan JENDELA Fasa Satu Negeri Sembilan di Kampung Rambai Baris hari ini. - Foto Bernama
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.
Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.
Kerajaan sasar 1,400 kampung terima liputan internet menjelang tahun 2024
Kerajaan memberi sepenuhnya komitmen untuk memastikan lebih 1,400 kawasan perkampungan di seluruh negara menerima liputan internet menjelang tahun 2024.
Liputan 4G di kawasan berpenduduk Sabah meningkat kepada 83.9 peratus
KKMM turut memaklumkan sebanyak 52 tapak menara baharu telah disiapkan, selain 2,337 projek naik taraf stesen pemancar dan 109,408 premis tersedia gentian optik di negeri itu.
Sarawak negeri terawal terima pelaksanaan 5G tahun hadapan - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara lain disebabkan faktor kedudukan strategik Bumi Kenyalang itu dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.
13 menara komunikasi mula beroperasi di empat daerah Johor
Pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
Masalah capaian internet di Kampung Ulu Seladang dijangka selesai Ogos
Kerja menaik taraf menara komunikasi di kampung itu sedang giat dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
TNB rapatkan jurang digital di Melaka menerusi Allo
Menerusi Allo, TNB berupaya menawarkan perkhidmatan dengan lebih pantas dan merapatkan jurang digital kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.
KKMM pergiat Pelan JENDELA pada 2021 untuk kurangkan jurang digital - Saifuddin
Ia akan dilakukan terutama di tempat bercapaian paling lemah seperti kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.