awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 maut kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal

Bernama
Bernama
03/05/2022
20:53 MYT
28 maut kemalangan jalan raya pada hari pertama Syawal
Secara keseluruhan, 76 kematian direkodkan sejak Op Selamat 18 dilancarkan pada 29 April sehingga Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya pada hari pertama Aidilfitri pada Isnin dengan 19 kes melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata enam kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta, dua pejalan kaki dan seorang pemandu jip.
"Angka kematian semalam merupakan yang tertinggi direkodkan sejak Op Selamat 18 dilancarkan pada 29 April lepas, berbanding 10 kematian pada 29 April, 18 kematian pada 30 April dan 20 kematian pada 1 Mei," katanya ketika dihubungi Bernama.
Razarudin berkata secara keseluruhan 76 kematian direkodkan sejak operasi itu dilancarkan sehingga Isnin, dengan Selangor merekodkan kes kemalangan maut tertinggi dengan 10 kematian, diikuti Pahang (sembilan kematian) dan Kelantan (lapan kematian).
"Sebanyak 29 kematian direkodkan akibat kemalangan maut yang berlaku di jalan Persekutuan, jalan negeri (21), jalan bandaran (9), lebuh raya (7) dan lain-lain jalan (10)," katanya.
Beliau berkata setakat Isnin, sebanyak 6,932 kemalangan dicatatkan pada Op Selamat 18 dengan 1,650 kes di Selangor, diikuti Johor (920), Kuala Lumpur (688), Perak (674) dan Pulau Pinang (597).
"Jalan bandaran merekodkan kemalangan tertinggi sebanyak 2,925 kes, jalan Persekutuan (1,401), jalan negeri (1,307), lebuh raya (731) dan lain-lain jalan 568 kes," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 211,235 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dengan 81,753 saman kerana memandu melebihi had laju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Op Selamat 18
#Razarudin Husain
#jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan