KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kluster baharu dikenal pasti pada Sabtu menjadikan jumlah kluster yang aktif ketika ini meningkat kepada 870 kluster.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu sebanyak tujuh dikesan Johor, empat di Sabah, enam di Selangor, empat di Sarawak, empat di Kuala Lumpur, dua di Pahang dan masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.

Sehingga kini, 2,188 kluster disahkan telah tamat daripada keseluruhan 3,058 kluster yang direkodkan di negara ini.

Berikut 29 kluster baharu yang direkodkan pada Sabtu:

1. Tapak Tapak Bina Jalan Tanjung Puteri, Johor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja tapak binaan di Jalan Tanjung Puteri Satu, Johor Bahru. Hasil saringan individu bergejala mendapati 18 kes baharu direkodkan daripada 110 yang disaring.

2. PLO Jalan Emas, Johor (Kluster tempat kerja)

-Kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang di Jalan Emas, Johor Bahru. Sebanyak empat kes baharu direkodkan menjadikan sembilan kes positif COVID-19 daripada 211 saringan yang dijalankan.

3. Jalan Pendas Laut, Johor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berdekatan Jalan Pendas Laut, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga kini sembilan kes positif COVID-19 direkodkan daripada 95 saringan yang dijalankan.

4. Semuja, Sarawak (Kluster pusat tahanan)

- Kluster ini melibatkan pusat tahanan di Kampung Rasau, Serian. Sebanyak 67 kes positif COVID-19 direkodkan dairpada 75 ujian saringan yang dijalankan.

5. Pagar Serian, Sarawak (Kluster pusat tahanan)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan tahanan-tahanan di sebuah pusat tahanan yang terletak di Bandar Serian. Sebanyak 16 kes positif direkodkan daripada 40 ujian saringan dijalankan.

6. Tembok Sri Aman 2, Sarawak (Kluster pusat tahanan)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan tahanan-tahanan di sebuah pusat tahanan yang terletak di Bandar Sri Aman. Sebanyak 69 kes positif direkodkan daripada 70 ujian saringan.

7. Jalan Solaris , WP Kuala Lumpur (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja  sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Solaris, Kepong. Sebanyak sembilan kes positif direkodkan daripada 36 ujian saringa yang dijalankan.

8. Sri Rakyat, WP Kuala Lumpur (Kluster komuniti)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar dalam komuniti melibatkan penduduk-penduduk di Jalan 14/155C, Cheras. Sebanyak 158 kes positif direkodkan daripada 558 ujian saringan dijalankan.

9. Tapak Bina, Jalil Utama 2, WP Kuala Lumpur (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Bandar Bukit Jalil, Cheras. Sebanyak 78 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 377 ujian saringan.

10. Taman Jaya, WP Kuala Lumpur, Cheras dan Titiwangsa (Kumpulan berisiko tinggi)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan kakitangan di sebuah pusat perubatan yang terletak berdekatan Taman Jaya, Cheras. Sebanyak 34 kes positif COVID-19 daripada 66 ujian saringan.

11. Jalan Gebeng 2/3, Pahang (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja   sebuah kilang yang terletak di Jalan Gebeng 2/3, Gebeng Industrial Estate, Kuantan. Sebanyak 9 kes positif COVID-19 dikesan daripada 438 ujian saringan.

12. Tapak Bina Jalan Tengku Abdul Samad , Pahang (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Tengku Abdul Samad, Raub.Sebanyak 15 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 16 ujian saringan yang dijalankan.

13. Industri Jalan Perajurit Dua, Selangor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perajurit 2, Telok Gong, Klang. Sebanyak 19 kes positif dikesan daripada 69 ujian saringan dijalankan.

14. Jalan Dua Salak Tinggi, Selangor. (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan Sepang, Klang dan Kuala Selangor dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan kakitangan sebuah institusi awam yang terletak berhampiran Jalan Dua, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sebanyak 23 kes positif dikesan daripada 160 ujian saringan.

15. Balak Penangah, Sabah. (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini membabitkan daerah Tongod dan Nabawan melibatkan pekerja-pekerja  sebuah kawasan pembalakan yang terletak di Batu 63, Penangah, Tongod. Sebanyak 26 kes positif dikesan daripada 175 ujian saringan.

16. Rebana Jernih, Melaka (Kluster komuniti)

- Kluster ini melibatkan daerah  Alor Gajah. Melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Taman Rebana Jernih, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Sebanyak 24 kes positif direkodkan daripada 26 ujian saringan yang dijalankan.

17. Sri Bunian, Johor. (Kluster komuniti)

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Sri Bunian, Pontian. Sebanyak 16 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 45 ujian saringan yang dijalankan.

18. Tapak Bina Selabu, Johor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jorak Tapak Tanjung Selabu, Muar. Sebanyak 29 kes positif direkodkan dariapda 55 ujian saringan.

19. Jalan Lombong Dua, Johor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Batu 2, Jalan Lombong, Kota Tinggi. Sebanyak 17 kes positif dikesan daripada 88 ujian saringan yang dijalankan.

20. Industri Lot Q, Terengganu (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Lot Q, Kertih Bio-Polymer Park, Kemaman. Sebanyak 23 kes positif direkodkan daripada 269 ujian saringan yang dijalankan.

21. Jalan Membalua Sabah, Tawau (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang teraletak di Jalan Membalua, Tawau. Sebanyak 13 kes positif COVID-19 daripada 55 ujian saringan yang dijalankan.

22. KKIP Empat Timur, Sabah (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kota Kinabalu. 10 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 185 ujian saringan yang dilaksanakan.

23. Taman Grandview, Sabah (Kluster komuniti)

- Kluster ini membabitkan daerah Sandakan dan Putatan. Sebanyak 14 kes positif dikesan daripada 55 ujian saringan yang dijalankan.

24.Sungai Setajam, Sarawak (Kluster komuniti)

- Kluster ini melibatkan komuniti di Sungai Setajam, Jalan Bulat, Sarikei. Sebanyak 76 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 187 ujian saringan yang dilaksanakan.

25. Susur Enam Larkin, Johor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang tinggal di Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Larkin, Johor Bahru. Sebanyak 11 kes positif COVID-19 daripada 19 ujian saringan yang dijalankan.

26. Jalan Sri Siantan,. Selangor (Kluster kumpulan berisiko tinggi)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar melibatkan kakitangan dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Sri Siantan 35, Klang. Sebanyak 24 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 27 ujian saringan.

27. Industri Taman Ehsan, Selangor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Ehsan Industrial Park, Kepong. Sebanyak 12 kes positif COVID-19 direkodkan daripada 44 ujian saringan.

28. Industri Perigi Lapan, Selangor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perigi Nenas 8/8, Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang. Sebanyak 15 kes positif dikesan daripada 39 ujian saringan.

29. Industri Jalan Perajurit Satu, Selangor (Kluster tempat kerja)

- Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perajurit 1, off Jalan Perajurit Kampung Tengah, Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sebanyak 17 kes positif dikesan daripada 52 ujian saringan.