awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah

Bernama
Bernama
12/02/2023
11:00 MYT
3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah
Mohamed Noor berkata dia menemukan tiga kesan tapak kaki gajah berlainan saiz yang menceroboh serta merosakkan tanaman di kebunnya. - Gambar/ Bernama
GUA MUSANG: Kira-kira 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Terah, di sini, dilanda ketakutan untuk keluar bekerja selepas kawasan kebun mereka diceroboh tiga gajah liar sejak Khamis lepas.
Mohamed Noor Awang Hamat, 70, berkata dia menemukan tiga kesan tapak kaki gajah berlainan saiz yang menceroboh serta merosakkan tanaman di kebunnya.
"Pagi semalam apabila sampai di kebun saya dapati sekurang-kurangnya 200 pokok pisang dan pokok ubi kayu dirosakkan gajah.
"Saya kerugian kira-kira RM5,000 hanya dalam satu malam," katanya ketika ditemui di kebunnya di sini hari ini.
Seorang lagi pekebun, Wan Ab Talib Wan Jusoh, 69, berkata serangan gajah liar itu menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu dan sawit, selain terpaksa menanggung kerugian besar setiap kali mamalia itu muncul di kebun.
"Sedih melihat tanaman dan sumber pendapatan yang sudah mula membuahkan hasil dimusnahkan gajah liar berkenaan," katanya.
Sementara itu, Mohamad Hanifa Mohd Zain, 31, berkata pekebun bertindak membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai serangan haiwan liar itu.
"Perhilitan telah datang tetapi gagal menjejaki gajah terbabit. Kami harap kerjasama antara penduduk dan pihak berwajib dapat mengesan kedudukan gajah liar tersebut supaya kami tidak perlu lagi takut untuk ke kebun," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada penduduk.
"Aduan diterima pada 10 Feb berkenaan kejadian di RPT Kesedar Sungai Terah, staf di Gua Musang telah ke lokasi aduan untuk pemantauan bagi tindakan selanjutnya," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#Sungai Terah
#kesedar
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan