awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus ketika cari kepah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/10/2021
13:38 MYT
3 kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus ketika cari kepah
Operasi SAR ketiga-tiga mangsa giat dijalankan membabitkan 107 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela). - Gambar/ Astro AWANI
SETIU: Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mencari kepah bersama ahli keluarga mereka di muara Sungai Kampung Mangkuk, Setiu pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenal pasti sebagai dua beradik, Muhammad Aryan Faheem Saiful Tarmizi, 7, serta kakaknya Nur Amni Insyirah, 9, serta seorang lagi kanak-kanak, Nurul Hasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11.
Pengerusi Bencana Daerah Setiu, Rosli Latif berkata semua mangsa dipercayai berkunjung ke lokasi berkenaan bersama ahli keluarga mereka kira-kira jam 4.30 petang.
"Ketika kejadian, terdapat enam kanak-kanak mencari kepah sebelum mereka mula tenggelam. Tiga daripada mereka berjaya diselamatkan, namun tiga yang lain dihanyutkan arus," katanya di sini, malam ini.
Operasi SAR dijalankan oleh pelbagai agensi serta penduduk kampung.
Operasi SAR dijalankan oleh pelbagai agensi serta penduduk kampung.
Sementara itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketiga-tiga mangsa giat dijalankan membabitkan 107 anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela).
Operasi SAR turut dibantu penduduk kampung di kawasan sekitar.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#cari kepah
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan