awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut, 12 cedera akibat kemalangan jalan raya di Gua Musang

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2019
08:15 MYT
3 maut, 12 cedera akibat kemalangan jalan raya di Gua Musang
Keadaan dua kenderaan yang bertembung di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di Gua Musang, Kelantan. - JBPM
Pasangan suami isteri antara tiga yang maut dan 12 lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi ketika kenderaan Toyota Avanza dinaiki pasangan bersama tiga anak mereka dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Gua Musang. Katanya, setibanya di lokasi kawasan selekoh, kenderaan yang dinaiki sekeluarga hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan sebelum bertembung dengan sebuah van Toyota Hiace yang dinaiki 10 sekeluarga dari arah bertentangan.
Mangsa yang maut dikenali sebagai, Che Azmi Che Hamzah, 48, dan isterinya, Nor Hayati Mohamed, 43, beralamat dari Taman Mesra di sini dan seorang lagi mangsa maut masih belum diperoleh.
Manakala, seramai 12 mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Gua Musang ialah penumpang kereta jenis Avanza iaitu anak pasangan yang maut, Mohamad Faris Faisal Che Azmi, 15 tahun, Mohamad Afiz Zulhilmi Che Azmi, 13 tahun Dan Nur Damia Sofea Che Azmi, 7 tahun.
Turut cedera menaiki kenderaan van jenis Toyota Hiace ialah Wan Zakiah Wan Abdul Razak, 39 tahun, Khaulah Zulfaizan,11 tahun, Ahmad Zaid Zulfaizan, 1 tahun, Siti Fatimah Zulfaizan, 15 tahun, Muhammad Saad Zulfaizan, 3 tahun, Masyitah Zulfaizan, 14 tahun, Sakinah Zulfaizan, 5 tahun, Mawaddah Zulfaizan, 7 tahun dan Solehah Zulfaizan, 9 tahun. Mohd. Taufik berkata, pemandu van dan penumpang kereta Toyota Avanza, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, pemandu kereta Toyota Avanza, Che Azmi juga suami kepada Nor Hayati meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Gua Musang.
Tambah Mohd. Taufik, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang terpaksa dikerah bagi membantu mangsa yang tersepit dalam dua kenderaan itu. Katanya, kemalangan itu membabitkan bilangan mangsa paling ramai dan tindakan segera dilakukan termasuklah mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan. Mayat mangsa kemalangan itu di hantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. Kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#kemalangan
#kemalangan maut
#mangsa cedera
#polis pdrm
#suami isteri maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan