awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 pelari disamun ketika berlumba

Bernama
Bernama
26/11/2023
07:13 MYT
3 pelari disamun ketika berlumba
Lebih 400 pelari antarabangsa datang ke Cape Town untuk perlumbaan itu yang dijangka disertai lebih 2,000 peserta. - Gambar hiasan
CAPE TOWN: Tiga peserta larian denai (trail run) disamun semasa menyertai satu perlumbaan sejauh 160 kilometer (km) di sini pada Sabtu, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Kejadian berlaku ketika mangsa menyertai perlumbaan Ultra-trail Cape Town, acara larian denai antarabangsa terkenal yang diadakan setiap tahun di ibu negara Afrika Selatan itu.
Penganjur pertandingan itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook mereka mengesahkan kejadian berkenaan.
"Ketiga-tiga pelari itu tidak cedera dan memilih untuk meneruskan perlumbaan.
"Perkara itu telah diserahkan kepada Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS)," menurut hantaran itu.
Insiden serangan dan rompakan turut berlaku ke atas seorang pelari elit rentas desa dari Britain minggu lalu.
Menurut laporan media Tom Evans, seorang bekas kapten Tentera British berusia 31 tahun, disamun dan dipukul di Table Mountain ketika menjalani latihan untuk acara itu pada Jumaat lepas.
Beliau memutuskan untuk menarik diri daripada perlumbaan itu.
Lebih 400 pelari antarabangsa datang ke Cape Town untuk perlumbaan itu yang dijangka disertai lebih 2,000 peserta.
Larian denai selama tiga hari itu berakhir pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#trail run
#lumba lari
#samun
#Afrika Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan