awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung diselamatkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/10/2022
12:20 MYT
30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung diselamatkan
Kesemua mangsa yang terlibat adalah kru filem sebuah syarikat dari Singapura yang sedang menjalankan kerja-kerja penggambaran. - Gambar/ Astro AWANI
KAMPAR: Kesemua 30 kru filem yang terperangkap di dalam Gua Tempurung, Gopeng di sini, berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat adalah kru pengambaran filem sebuah syarikat dari Singapura yang sedang menjalankan kerja-kerja penggambaran.
“Jumlah kru yang terlibat seramai 80 orang dan yang terperangkap seramai 30 orang warga tempatan dan warganegara Singapura,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
BACA: 30 kru filem terperangkap dalam Gua Tempurung
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.10 petang yang memaklumkan ada orang awam terperangkap di bahagian belakang Gua Tempurung disebabkan paras air meningkat.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat yang berterusan sejak kira-kira jam 3 petang.
“Kesemua mangsa terperangkap kerana air naik secara mendadak ke kawasan alur air di dalam gua dengan kedalaman air lebih kurang 1.5 meter,” ujarnya.
Katanya, pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bersama polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Menurutnya, kesemua mereka berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 petang.
Topic Berkaitan
#kru filem terperangkap
#Gua Tempurung
#Gopeng
#terperangkap dalam gua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan