awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024

Bernama
Bernama
26/03/2024
07:24 MYT
302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024
Shamsul Anuar (foto) berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 302 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan bagi tempoh 2022 hingga Februari lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang.
"Kita ada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). PDRM serius dalam memastikan pegawai dan anggota mempunyai disiplin dan tahap integriti yang tinggi.
"Pegawai dan anggota yang didapati melakukan kesalahan tertakluk kepada proses tatatertib dan undang-undang yang ada.
"Semua keputusan dan hukuman yang diambil berasaskan kepada fakta-fakta kes oleh Lembaga Tatatertib PDRM dan Kementerian Dalam Negeri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai jumlah anggota PDRM dipecat setelah didapati bersalah dalam kes-kes berat seperti membunuh, merogol atau melindungi kegiatan haram.
Menjawab soalan asal Ti mengenai bentuk penambahbaikan semakan bagi modul pengambilan anggota dan pegawai baharu PDRM, Shamsul Anuar berkata PDRM melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memperkenalkan modul integriti yang mengandungi silibus pengurusan integriti, etika dan rasuah serta silibus pendidikan Islam dan pendidikan moral.
Penambahbaikan lain turut meliputi aspek mewajibkan pemohon untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen PDRM sebelum proses temu duga dan tapisan keselamatan seperti yang telah ditetapkan di dalam PTKPN yang berkuat kuasa 15 Jun 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Anuar Nasarah
#anggota polis dibuang kerja
#Dewan Negara
#IPCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan