awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

31 kedai di Pekan Tubau musnah terbakar

Devonshire Sikem
Devonshire Sikem
03/08/2023
03:50 MYT
31 kedai di Pekan Tubau musnah terbakar
Pasukan bomba katanya, terpaksa melalui jambatan gantung dan memikul peralatan memadam sejauh 60 meter. - Foto JBPM Sarawak
BINTULU: Sebanyak dua blok bangunan yang melibatkan 31 pintu kedai musnah dalam satu kejadian kebakaran di Pekan Tubau di sini, lewat malam Rabu.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimanshah, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 11.53 malam dan segera mengatur gerak sebuah jentera pemadam dan sebuah lori tangki dengan kekuatan 14 anggota ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu.
“Setibanya pasukan di lokasi yang terletak 105 kilometer dari balai, mereka dapati seluruh dua blok kedai jenis tidak kekal tersebut telah musnah terbakar.
“Turut musnah tiga buah motosikal pelbagai model," katanya.
Pasukan bomba katanya, terpaksa melalui jambatan gantung dan memikul peralatan memadam sejauh 60 meter.
“Mereka kemudian mengaplikasikan teknik pemadaman ofensif dengan membentang dua nozel dengan bersumbekan air dari pam jentera dan pili bomba.
“Api berjaya dikawal sekitar jam 2.50 pagi,” katanya lagi.
Kata Henderi lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca kejadian dan taksir kerugian sedang disiasat pasukan forensik bomba.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kedai
#Pekan Tubau
#jambatan gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan