NATIONAL
32 individu cedera dalam kejadian letupan kilang kimia di Klang

Rakaman kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, Klang petang semalam. -Gambar fail
KLANG: Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, Klang petang semalam.
Ringkasan AI
- Seramai 32 individu tercedera dalam kejadian letupan kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
- Mereka yang berusia di antara 20 dan 40 tahun menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Tiada kecederaan serius dilaporkan dan semua mangsa telah dibenarkan pulang.
- Pihak polis, bomba, dan petugas daripada Pejabat Kesihatan Klang berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut. Elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen akan disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
- Siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan kilang berkenaan.
"Mereka juga telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian petang ini mendapati pihak polis dan bomba serta petugas daripada Pejabat Kesihatan Klang berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor Nor Aziah Jaafar dilaporkan berkata elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen antara yang akan disiasat dalam kejadian itu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pula dilaporkan berkata siasatan awal pihaknya mendapati letupan terbabit berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan kilang berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami