awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33 NGO buat laporan polis bantah penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem

Bernama
Bernama
05/06/2017
11:13 MYT
33 NGO buat laporan polis bantah penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem
Mohd Nizam (berbaju Melayu merah) bersama beberapa NGO Melaka mengadakan perhimpunan aman bagi membantah Perhimpunan Jubli Jerusalem selepas membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh hari ini. --fotoBERNAMA
Sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis membantah penganjuran Perhimpunan Jubli Jerusalem di Cheng pada 15 hingga 18 Jun.
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mohd Nizam Omar berkata laporan itu dibuat kerana khuatir program tersebut akan menggugat kemananan dan keharmonian masyarakat di negeri ini.
"Kami mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penganjur program berkenaan bagi menjamin keamanan negara ini kerana maklumat berkaitan program tersebut telah menjadi tular di laman sosial sehingga membangkitkan kemarahan rakyat seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh dekat sini.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang menabur fitnah cuba memburukkan imej pemimpin negeri ini dengan menyebarkan fitnah dengan mendakwa Kerajaan Negeri membenarkan serta mengeluarkan permit penganjuran program ini.
"Lebih buruk mereka mendakwa bahawa mengatakan Kerajaan Negeri memberikan dana sumbangan bagi menjayakan program ini," katanya.
Mohd Nizam menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan belia agar bersatu dan menjadi barisan hadapan dalam cubaan membantah sekeras-kerasnya perhimpunan itu.
"Solidariti kita sebagai rakyat amat diperlukan ketika ini. Justeru, gerakan umat Islam di negara ini termasuk anggota Gerakan Belia 4B diminta agar membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan seterusnya membatalkan program ini dan menahan golongan penyebar fitnah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Bukan Kerajaan
#bantah
#Belia 4B
#Jubli Jerusalem
#Mohd Nizam Omar
#NGO
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan