KUANTAN: Sebanyak 34.275 juta pokok merangkumi lebih 1,000 spesis ditanam di seluruh negara di bawah 'Kempen Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita', setakat 13 Jun lepas, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata jumlah itu bersamaan 34.28 peratus daripada sasaran 100 juta pokok yang perlu dicapai menjelang 2025 menerusi kempen yang dilancarkan secara rasmi pada Januari tahun lepas.
"Saya menyeru supaya lebih banyak persatuan komuniti, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu untuk sama-sama terlibat dan memainkan peranan lebih aktif kerana insentif pengecualian cukai telah disediakan untuk sumbangan kepada aktiviti konservasi dan Penghijauan Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 di sini semalam.
Majlis bertemakan 'Penyesuaian Perhutanan dengan Realiti Baharu' itu dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Datuk Mohd Ridza Awang, Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Frederick Kugan, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu' Hamden (repeat: Hamden) Mohammad dan Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin.
Takiyuddin turut menyarankan kepada semua pihak supaya mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pengusahasilan hutan sebaliknya terus memperkasakan pelaksanaan Forest Beyond Timber seperti ekopelancongan, industri herba dan farmaseutikal.
Ini selari dengan tumpuan masyarakat terhadap ekopelancongan selepas pandemik COVID-19 dan kementeriannya juga giat mempromosikan program berasaskan rekreasi sumber asli melalui peruntukan RM9 juta untuk program latihan semula dan peningkatan kemahiran yang diharap menjadikan jabatan perhutanan sebagai pakar bidang rekreasi sumber asli dan tropika dalam serta luar negara.
Berhubung persidangan tiga hari bermula Ahad itu, Takiyuddin berharap ia menjadi platform yang dimanfaatkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sarawak untuk berkongsi amalan dan pengalaman terbaik dalam bidang seperti pengurusan hutan secara berkekalan, konservasi sumber biodiversiti, perubahan iklim, ekopelancongan dan industri berasaskan kayu.
Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucapannya berkata Pahang mempunyai Hutan Simpan Kekal (HSK) berkeluasan 1.6 juta hektar manakala kawasan berhutan pula ialah seluas 2.04 juta hektar yang mewakili 57 peratus keluasan negeri menjadikan Pahang sebagai penyumbang terbesar kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia.
Wan Rosdy berkata daripada 2.04 juta hektar, sebanyak 32 peratus atau 645,751 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan yang langsung tidak boleh disentuh dan diusik, selain kerajaan negeri komited untuk mewartakan hutan di tebing sungai sebagai HSK melibatkan lebih 2,000 sungai sepanjang 12,000 kilometer.
"Segala usaha dilakukan kerajaan Pahang tidak boleh dianggap mudah atau dipandang remeh. Ini adalah satu pengorbanan besar dan harus dipandang serius serta diberikan penghargaan sewajarnya oleh kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Pahang amat berharap agar kerajaan Persekutuan dapat membangunkan satu formula yang adil dan mudah untuk menyegerakan proses bayaran pampasan secara tunai ke atas setiap jenis hutan sama ada ekologi-hutan perlindungan, hutan tadahan air atau sebagai habitat perlindungan hidupan liar dikekalkan.
"Kawasan hutan simpanan kekal ini adalah kos lepas kepada kerajaan negeri," katanya yang menyifatkan permintaan itu sebagai permintaan munasabah.
Pada majlis itu, Takiyuddin dan Wan Rosdy turut melancarkan buku bertajuk Thriving Our Green Heritage sempena sambutan 120 tahun JPSM yang merekodkan pencapaian pengurusan hutan untuk tatapan generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Takiyuddin berucap pada Majlis Perasmian dan Makan Malam sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-19 di Kuantan semalam. --fotoBERNAMA
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kes Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih lagi sah
Peruntukan-peruntukan dalam Enakman Ordinan Jenayah Syariah di negeri-negeri lain masih lagi sah berperlembagaan.
Takiyuddin sahkan tiada perbalahan Pas-Bersatu
Takyuddin mengesahkan pertemuan Abdul Hadi dan Muhyiddin merupakan pertemuan biasa dan tiada sebarang masalah antara kedua-dua parti.
'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
PRK Kemaman bukti rakyat terus berpihak kepada Pas-PN - Takiyuddin
Ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN tidak teruskan perbincangan peruntukan pembangkang - Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Panggil duta, wakil negara jika benar Malaysia terima ugutan isu Palestin - Pas
Katanya, tindakan itu wajar bagi menyampaikan bantahan Malaysia, berbanding membuat kenyataan terbuka tanpa penjelasan mengenainya.