awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
EPL: Liverpool cicir mata diikat kelab kedua tercorot
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

34 MRSM laksanakan PdPR susulan penularan influenza - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
12/10/2025
21:00 MYT
34 MRSM laksanakan PdPR susulan penularan influenza - Asyraf Wajdi
ASYRAF WAJDI: Pengurusan MRSM yang mencatatkan lebih 50 pelajar bergejala dibenarkan mengadakan PdPR bagi memutuskan rantaian penularan virus influenza. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengarahkan 34 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan penularan jangkitan influenza dalam kalangan pelajar.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata langkah itu diambil selepas MRSM berkenaan mencatat lebih 60 pelajar bergejala influenza.
"Saya dan Pengurusan MARA terpaksa mengambil keputusan drastik tanpa menunggu Pejabat Kesihatan Daerah mengisytiharkan penutupan MRSM.
"Pengurusan MRSM yang mencatatkan lebih 50 pelajar bergejala dibenarkan mengadakan PdPR bagi memutuskan rantaian penularan virus influenza.
"Setakat ini, 34 MRSM telah mengadakan PdPR, membenarkan pelajar pulang ke rumah dan proses sanitasi dilakukan di semua MRSM terlibat," katanya dalam hantaran di Facebook.
Asyraf Wajdi turut mendoakan agar semua pelajar kembali pulih dan penularan virus itu dapat dikekang serta rantaian penularannya diputuskan.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 97 kluster jangkitan influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan majoriti melibatkan institusi pendidikan.
Menurut KKM, semua negeri mencatatkan peningkatan, dengan lima negeri tertinggi ialah Selangor (43 kluster), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9), dan Kedah (5), dengan kebanyakan kes menunjukkan simptom ringan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#MRSM
#PdPR
#Influenza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan