KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri sedang berusaha untuk membawa pulang 63 jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan pertama seramai 36 jemaah umrah tersebut telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.50 pagi tadi, dan 27 jemaah lagi akan dibawa pulang menerusi penerbangan seterusnya.
''Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas ini telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
"Ini adalah untuk memelihara hubungan dua hala yang akrab antara Malaysia dengan Arab Saudi, dan keistimewaan yang telah diberikan kepada Malaysia seperti kemudahan visa pelancong yang hanya diberikan kepada 49 negara sahaja,'' menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu kerajaan Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu usaha tersebut dan kerajaan kekal komited untuk memastikan keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara melalui bantuan konsular berdasarkan kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular 1963.
"Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara,'' menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.
Kesemua jemaah telah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas, namun mereka hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.
Susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan telah diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022
Menurut kenyataan Wisma Putra, Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu usaha membawa pulang jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
Situasi di Asia Barat stabil, tiada keperluan pindah rakyat Malaysia - KLN
Situasi semasa di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati, kata Kementerian Luar hari ini.
Keluarga pelajar Sabah di Asia Barat diminta bertenang
Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang memantau keadaan itu di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.
Malaysia kutuk serangan kejam Israel ke atas sukarelawan Ops Ihsan di Rafah
Malaysia dengan tegas mengutuk serangan kejam yang dilakukan oleh Tentera Rejim Israel (IOF) terhadap konvoi bantuan kemanusiaan di Rafah pada Jumaat.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Malaysia alu-alukan seruan Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya hentikan jualan senjata ke Israel
Wisma Putra menyeru semua negara supaya memastikan Israel memenuhi obligasinya di bawah undang-undang antarabangsa.
Gempa bumi 4.8 magnitud melanda bandaraya New York dan kawasan sekitar
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Malaysia di New York, mengesahkan satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey.
Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi, Rabu, menurut Kementerian Luar Malaysia.
Malaysia kecam tindakan sasar bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria
Malaysia mengecam tindakan menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang telah mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.